Cinta sebenar tak ikut skrip.
Di Pawagam Seluruh Malaysia 4 Jun 2026Poster Rasmi
Poster rasmi
14 . 04 . 2026Sinopsis
Kata Hati mengisahkan Ayra Natasha (Nia Atasha), seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan menjadi perhatian ramai, apatah lagi dengan kemunculan sulungnya dalam sebuah filem aksi berskala besar bersama teman lelaki yang juga pelakon terkenal, Zayn Mikhail (Fazziq Muqris). Namun, dalam satu insiden memalukan yang tular dan disaksikan seluruh negara pada malam pencalonan sebuah anugerah berprestij, kehidupan Ayra yang sebelum ini tampak sempurna mula retak.
Pada masa yang sama, di tengah kekecohan malam tersebut, dia bertemu Imran Firdaus (Yusof Hashim), seorang pemandu e-hailing yang langsung tidak terkesan dengan kegilaan dunia selebriti. Apabila sekeping gambar mereka menjadi viral, Imran terpaksa bersetuju dengan rancangan Maya (Scha Al-Yahya), kakak yang juga merangkap pengurus Ayra, untuk menjadi pemandu peribadi Ayra selama 25 hari penggambaran.
Dari situ, mula hadirnya bibit-bibit perasaan antara Ayra dan Imran. Buat pertama kalinya, Ayra bertemu seseorang yang melihat dirinya seadanya, bukan sebagai selebriti atau watak yang dilakonkannya. Namun, Ayra berdepan pilihan yang sukar: antara memilih cinta yang tulus bersama Imran, atau meneruskan hubungannya dengan Zayn, yang menjanjikan dunia penuh populariti dan kestabilan.
Bersama penampilan istimewa Beto Kusyairy, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Ceddy Ang dan ramai lagi. Kata Hati merupakan filem yang dijayakan dengan sokongan FINAS di bawah Dana Kandungan Digital. Penggambaran berlangsung sekitar Ogos dan September 2025 di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang.
Ayra Natasha is the most recognisable face on every billboard, a rising actress whose image of perfection is as carefully constructed as the action heroine she plays on screen. But on the night of the Anugerah Selebriti Popular nominations, the carefully curated life she has built alongside charming co-star and boyfriend Zayn Mikhael begins to crack publicly, spectacularly, and in front of every camera in Kuala Lumpur.
What follows is a single chaotic night: a viral exit, a torn dress, a back-alley bowl of ramen, and Imran Firdaus — an e-hailing driver who moonlights between hospital corridors and unfulfilled architectural dreams, who has absolutely no patience for celebrity drama, and no idea that his quiet life is about to go viral.
When a leaked photo forces them into a reluctant arrangement, Imran becomes Ayra's official driver on the set of the very action film she's shooting. And as the lines between their on-screen fiction and off-screen reality begin to dissolve, what begins as damage control slowly becomes something neither of them planned for. As production drama, media scrutiny, and the weight of public fantasy close in, Ayra must reckon with a question that cuts deeper than any screenplay:
“When you have spent your entire career performing for the love of a nation, do you even know how to choose love for yourself?”
Set against the kinetic pulse of KL — from the glow of a red carpet to the steam of a hidden ramen stall, from film studios to gridlocked highways — Kata Hati is a love story for a generation raised on social fandom and online discourse, where the line between what's real and what's performed has never been blurrier.
Stylish, kinetic, and emotionally grounded. Starring Nia Atasha, Yusof Hashim, Fazziq Muqris, and Scha Al-Yahya, with cameo appearances by Beto Kusyairy, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Ceddy Ang, and more.
Pelakon
Krew Utama
Original Soundtrack
Muat Turun Media
Ikuti Kami
Hubungi Kami
Pertanyaan media & press
mo@wayangworks.com